Sunday, 18 December 2011

Ku PerCayaKan Kamu

" Lia , jom pergi cafe nak ? Aku lapar ni", ajak Miza. " Malaslah. Tapi aku akan rajin kalau kau nak belanja aku sekali",balasku. " Oklah.Jom , aku belanja kau sekali",balas Miza. 
        Aku saja sakat Miza tu . Bab-bab duit memang dia tak kedekut. Baik sangat. Miza housemate aku dekat UUM , kedah. Tahun ni tamatlah pengajian kami. Tak sabar nak merdeka. Asyik adab buku pun kadang-kadang bosan jugak. Aku nak jadi pensyarah tapi ambik akaun. huhu.. Mungkin kalau aku tak dapat jadi pensyarah , aku boleh jadi akauntan pulak kan? Rezeki kita, kita tak tahu. Yang penting kita berusaha. 
          " Lia , cepatlah . Kau berangan lagi tu kenapa", jerit Miza. Tu lah aku lemah sikit dengan Miza ni. Tak boleh orang lambat sikit mesti menjerit ! " Ya, sabar. Aku da siap la ni. Jom", ajakku. Lambat nanti merajuk la pulak minah sorang tu. 
 =================
          "Lia , kau nak apa ? ", kata Miza .' Handsomenya. Tak pernah nampak pun sebelum ni. Tinggi ! Putih ! Tergoda aku', bisik hatiku apabila melihat seorang pelajar lelaki itu." Lia , kau dengar tak aku cakap apa ?", kata Miza sambil mencubit lenganku. " Sakitlah gila . Kau cakap apa tadi?", marahku. ' Kacau je. Aku tengah usya buah hati belahan jiwa aku ni , dia sebok-sebok pulak panggil aku; rungut aku dalam hati." Aku tanya kau nak makan apa ?", balas Miza. " Suka kau lah. Aku tak kisah ", balasku. " Oklah-oklah . Makan dekat bilik ea", kata Miza. " Ya , ikut suka kau. Aku ikut je. Aku duduk ea. Aku tunggu", balasku. " Ceh , mengelat", balas Miza. ' Lantak kaulah Miza. Aku da jumpa buah hati aku ni. Comelnya', bisik hatiku. 
              Dari tadi aku perhatikan lelaki tu. Sorang -sorang je. Tak ada mana-mana perempuan pun datang dekat dia. Tapi , semua perempuan yang nampak dia seakan-akan tergoda. Single lagi ke dia ? Comel gila.  " Janganlah pandang macam tu sekali , nanti pandangan kau tu bertukar jadi zina", kata Miza secara tiba-tiba. Aku pun pelik tak sedar pulak dia ada dekat sebelah aku. Tengok , kan dah kantoi . Malunye." Pandang siapa? Aku mana ada pandangg sapa-sapa", selindungku. " Ingat aku tak tahu. Dah jom balik", ajak Miza. Miza sengaja lalu sebelak lelaki itu. Nak kenakan akulah tu .
            " Lia , dalam kumpulan Hujan , vokalis dia Noh kan ? ", tanya Miza. Aku pun pelik. Tiba-tiba tanya pasal group tu. " Aah , kenapa?", soalku. " Nama budak yang kau asyik tenung tadi tu Nuh. N.U.H ", balas Miza siap eja lagi nama lelaki tu. " Macam mana kau boleh tahu nama budak lelaki tu? Kau kenal ke ? Kenapa aku tak pernah nampak pun dia sebelum ni", soalku. Teruja. Ingatkan Miza tak tahu siapa lelaki tu . 
          " Kau ni excited nampak. Sebelum ni kalau aku bercerita tentang Aiman , kau buat derk je. Bila aku bagitahu nama lelaki tu beriya-riya kau nak tahu sal dia kenapa ? Dah terpikat?" soal Miza bertalu-talu. Lemah betul kalau Miza kaitkan nama Aiman. Bukannya aku tak suka Aiman , tapi entah la. Aku pun tak tahu kenapa aku tak boleh terpikat dengan dia. 
          " Ish kau ni. Tak payah kaitkan Aiman boleh tak. Aku saja je nak tahu siapa lelaki tu . Sebab aku tak kenal dia. Nilah kali pertama aku nampak dia. Sebab tu aku tanya", balasku. " Kau tu yang tak mesra alam. Dia sama umur dengan kita. 23 tahun. Budak akaun jugak. Status aku tak tahu. Tapi aku rasa setiap hari aku nampak dia. Kau je yang tak perasan. Budak-budak perempuan asyik cerita sal dia je . Almaklumlah , dia kan ada rupa! Semua suka. Tapi dia buat derk je. Sombong kot. Aku tak pernah tegur dia pun", balas Miza. 
           Aku nak cuba kawan dengan dialah. Aku tak adalah berharap sangat. Aku sedar siapa diri aku. Cukuplah sekadar dapat berkawan dengan dia. Orang kata berkawan biar seribu ,berkasih biar seorang! Nampak tak adalah sombong sangat. Mungkin dia suka menyendiri. Siapa tahu. 
============
             " Lia , kau berangan apa lagi tu? Ingatkan si Nuh tu ke? Dah la, cepat. Cakap nak pergi library", kata Miza. Sebok betullah Miza ni. Tak boleh orang nak berangan sekejap. " Mana ada Miza. Aku tak ingatkan sapa-sapalah.Mandai-mandai je",balasku. " Ye lah tu.", balas Miza. " Dah , jom pergi library. Tak siap keje ni nanti ", balasku. 
              Aku nak sangat jumpa lelaki tu. Puas aku cari tapi tak jumpa pun. Dia duduk dekat mana ? Agak-agak aku dapat tak jumpa lagi dengan dia? 'Aduh! Siapa pulak yang langgar aku ni  Takkan tak tampak aku yang besar ni ? Aku bukannya kecik macam semut. Huh. Habis jatuh buku-buku aku',rungutku dalam hati. " Maaf , saya tak perasan. Saya tak sengaja pun", kata lelaki itu. 'Nuh' bisik hati ku. Yes! Akhirnya aku jumpa jugak dia. Dia tolong aku angkat buku-buku yang jatuh itu. " Oh , tak apa. Salah saya jugak. Berangan sambil jalan. Maaf je ", balasku. Miza pandang je. " Saya Mohd Nuh. Panggil Nuh sahaja. Awak? ", kata Nuh. " Nama saya Nur Alia Shamila. Panggil saya Lia je", balasku. 
           "Ehem,ehem!. Lia kita dah lambat. Kau nak pergi library ke kau nak berbual dengan si Nuh ni ha ?", tanya Miza. Aku lupa pulak yang aku nak pergi library. " Oh , nak pargi library ke? Saya nak join boleh. Saya pun ada kerja jugak nak buat. Boleh ?", soal Nuh. " Boleh. Tak ada sapa larang awak dari join kita orang. Jomlah ", balasku. Miza sudah buat muka. Tidak setuju lah tu. Lantak kaulah Miza. Yang penting aku nak kenal siapa Mohd Nuh ni. 
==============
       Aku seronok sangat hari ni. Aku mula kenal siapa itu Mohd Nuh ! Dia bukannya sombong. Cuma kurang bercakap je. Pendek kata pendiam! Tapi aku berjaya butat dia peramah ! ahaha.. Tapi yang penting dia single ! Dia betul-betul pandai. Aku dengan Miza tak dapat kalahkan dia. Miza yang pada mulanya tak senang dengan kehadiran Nuh , turut menyukainya sekarang. Mana ada orang yang tidak suka berkawan dengan orang yang pandai. Tapi , aku masih tak tahu keseluruhan biodata Nuh. Yang aku tahu , nama dia , umur dia dan status dia. Tu sahaja. Ada satu benda yang aku pelik dengan Nuh. Rupa dia. 
        " Miza , kau perasan tak sesuatu dekat Nuh ", tanyaku. " Apa? Aku pun tak tahu", balas Miza. " Aku rasa rupa dia sama dengan Aimanlah. Sebijik.  Cuma Aiman tak adalah seputih Nuh. Kau perasan tak ?", soalku . " Sama dengan Aiman? Aah la. Ada la sikit-sikit. Ala , kebetulanlah tu", balasnya.  Kebetulan ? Mungkin. Tapi aku tak rasa macam kebetulanlah pulak. Aiman pulak , aku da lama tak dengar kahbar dia. Dulu suka sangat kacau aku. Sekarang batang hidung pun susah nak nampak. 
=================
                " Nuh , sini sekejap", panggil Aiman. " Kenapa bang ?", soal Nuh. " Kau ada apa-apa hubungan ke dengan Lia ? ", tanay Aiman. " Apalah abang ni. Mana ada. Nuh baru je kenal dia siang tadi. Takkanlah capat sangat Nuh suka dia. Tapi , kenapa abang tanya ?", soal Nuh. " Abang pelik , selalunya kau susah nak berbual dengan orang. Labih-lebih lagi perempuan. Sebenarnya abang suka dia. Tapi dia tak layan. Abang tak nak kau rampas dia dari abang", kata Aiman berunsur amaran. " Tak apalah bang, Nuh naik bilik dulu", balas Nuh .
                Sebenarnya Nuh dengan Aiman adalah sepasang adik-beradik kembar.Aiman abang dan Nuh adik. Sebab tu muka mereka seiras .Cuma perbezaan mereka adalah dari segi sikap. Aiman seorang yang peramah , tak kisah berkawan dengan sesiapa sahaja dan senang sangat marah orang. Tapi , Nuh pula seorang yang pendiam. Nuh tidak suka berbual dengan perempuan. Kalau lelaki pun kawan rapatnya sahaja. Nuh seorang yang peenyabar. Banyak kelainan mereka. Siapa yang tidak mengenali Nuh secara mendalam mereka akan kata yang Nuh itu sombong.Tapi , kenyataannya tidak !
            ' Aku suka Lia? Mustahil lah. Aku baru je kenal dia. Tapi dia baik. Cantik. Aku senang berkawan dengan dia. Tapi , tak mungkin aku akan merampas buah hati abang aku sendiri.',fikir Nuh. 
                " Nuh , turun sekejap.Mama dengan papa nak cakap sikit", panggil Aiman. Nuh turun tanpa banyak soal. " Ada apa mama ,papa ?", soal Nuh.     " Masa birthday Nuh nanti , ma nak buat birthday party. Nuh panggil la kawan-kawan. Tapi mama nak , Nuh bawak makwe Nuh sekali. Nuh ada ke tak ada ke , mama tetap nak jumpa makwe Nuh tu. Nuh kena cari dari sekarang.Usaha. Kalau Nuh tak bawak makwe Nuh , mama takkan maafkan Nuh sampai bila-bila",ugut mama Nuh. " Tak apa ma. Mama jangan risau. Senang je tu. Nuh naik bilik dulu ya", balas Nuh.
==================
                 Hari demi hari aku dengan Nuh semakin rapat. Tapi kami masih lagi tiada apa-apa hubungan selain daripada seorang kawan. Aku tak kisah pun. Yang penting aku dapat kawan dengan dia. Seronok kawan dengan Nuh. Kami belajar sam-sama. Keluar sama-sama. Makan sama-sama. Tapi bukan aku dengan Nuh sahaja. Miza turut mengikut kami bersama. Jadi dapatlah elakkan daripada sebarang gosip.
                   " Lia , awak boleh tolong saya tak ? Saya ada masalah besar ni", tanya Nuh. " Masalah apa ? Kalau saya boleh tolong saya tolong kalau tak akan cuba jugak", balasku. " Tolong belakon jadi kekasih saya. Sehari je. Esok birthday saya. Mama saya buat birthday party. Mama saya suruh bawak makwe saya esok.Saya mana ada makwe.Awak belakon jadi makwe saya boleh tak?", soal Nuh. ' berlakon je ? ingatkan betul-betul. Cam tak sudi je nak couple betul-betul.Erm . Sedih-sedih',bisik hatiku. " Lia , boleh tak?", soal Nuh. " Oklah. Saya tolong awak",balasku. " Nuh , kenapa tak couple betul-betul je. Kan susah nak belakon-belakon ni. Apa daa", sampuk Miza.
                Sengal betul minah sorang tu . Cakap ikut suka dia je. Kan aku dah malu. " Mana boleh. Nanti ada orang marah saya rampas awek dia pulak", balas Nuh. Aku dan Miza terdiam. Siapa pulak yang nak marah ? Aku bukan couple dengan siap"Sapa Nuh ?", soal ku dan Miza hampir serentak. "Adalah. Mana boleh bagitahu. Tapi rasanya Lia dan Miza boleh agak siapa. Oklah. Saya balik dulu. Esok saya ambil awak. Miza kalau nak ikut jomlah sekali.Tak adalah Lia malu nanti", kata Nuh.
                " Lia kau rasa siapa ?", tanya Miza. " Siapa apa ?", soalku kembali. " Ish kau ni. Siapa yang akan marah kalau si Nuh tu couple betul-betul dengan kau?", balas Miza. "Entah la wei , aku pun tak tahu.Setahu aku aku tak pernah lagi couple-couple ni. Tak ada siapa pun yang pernah mintak couple dengan aku. Tu aku pelik", balasku.
              " Lia , Lia. Kau tu dah kena tipu dengan si Nuh tu. Nuh bagi alasan macam tu sebab dia tak pernah suka kau. Kau bukan cita rasa dia. Dia hanya pergunakan kau je. Kalau dia betul-betul suka kau dia mesti dah minta couple dengan kau punya. Percayalah cakap aku.Sia-sia kalau kau taruh harapan dekat Nuh tu. Sure kau kecewa nanti.Fikir-fikirlah ya", celah Aiman. Aku tak tahu bila dia sampai. Habis je cakap dia terus bla. Pelik. Betul ke apa yang Aiman cakap tu ? Macam mana kalau betul? " Miza kau ikut aku tau esok", kataku. " Ok. Tapi kau jangan fikir kan sangat apa yang Aiman cakap. Aku tak rasa Nuh macam tu",kata Miza.
=====================
           " Wah Lia , cantiknya. Kau nak pikat Nuh ke apa ni ? Aku rasa semua lelaki yang tengok kau mesti tergoda dengan kecantikan kau. Blaus dengan selendang kau cantik. Cemburunya aku tengok",kata Miza. " Ish kau ni, ada-ada je. Dah cepat. Nuh dah sampai tu",balasku. Cepat-cepat aku dan Miza berjalan mendekati kereta Nuh. 
              " Soryy Nuh. Kita orang lambat",kataku. "Eh , tak adalah. Saya baru je lah sampai",balas Nuh. Baru aku perasan yang baju aku dengan Nuh sama warna. Biru cair. Tak sangka sedondon lah pulak. Macam nama aku nak berlakon nanti ni? Setiap jawapan aku dan Nuh mesti kena sama. Kalau tak , kantoi lah .. Aku malu , Nuh pun malu. 
               " Lia , awak takut ke ?", soal Nuh sebaik sahaja kami tiba di hadapan rumahnya. " Memang la saya takut. Nuh , awak jangan sesekali ccuba pegang tangan saya tau ", kataku. " Saya tahu awak tak suka orang pegang tangan awakkan? Jangan risau saya tak akan buat perkara yang awak tak suka", kata Nuh seakan-akan janji. " Kalau mama tanya apa-apa awak jawab je tau. Tak payah takut ", kata Nuh. Aku hanya sekadar mengangguk. "Nuh , masuk la cepat. Nanti apa pula mama awak cakap", celah Miza. Aku turun dari kereta dan berjalan beriringan dengan Nuh. Semua mata memandang ke arah kami. 
           Besar rumah dia. Tak macam rumah aku. Anak dato' lah katakan. Sampai sahaja di depan mamanya , aku terus menyalami tangannya. Takut ! "Mama, Nuh dah  tepati janji Nuh.  Ni lah kekasih Nuh. Cantikkan ?", kata Nuh. Kenapal Nuh cakap macam tu .Malunya. Dah la kekasih tipu! " Macam inilah anak mama. Tepati janji. Cantik. Macam dah jodoh la pulak. Memang dah janji pakai baju sama ke ?", soal mamanya. " Eh , tak adalah ma, tak janji pun. Kebetulan ja. Nuh pun baru perasan baju kita orang sama",balas Nuh. 'Baru perasan ? ', bisik hatiku. 
            Meriah birthday parti Nuh itu. Ramai tetamu yang datang. Mama Nuh kenalkan aku kepada kawan-kawannya. Kalaulah mama dia tahu yang Nuh dengan aku cuma pura-pura, mesti mama dia marah. Silap-silap mama Nuh tidak maafkan dia. Tapi , nasib baik. Kami berjaya . Tiada siapa pun yang perasan kami cuma belakon. Lepas acara potong kek tadi , aku terus tak nampak Nuh. Miza dah balik. Dia ada hal. Dari tadi aku cari Nuh. Semua tempat aku cari tapi masih tak jumpa.Langkahku terhenti apabila mendengar perbualan Nuh dan Aiman. Aku merakan perbualan mereka.
           " Nuh , kau dengan Lia tu bukan couple betul-betul kan?", tanya Aiman. " Mestilah tak bang. Takkan lah saya nak couple dengan dia kot. Bukannya cantik mana pun. Lagi pun dia bukan cita rasa Nuh la. Perempuan macam dia bersepah dekat tepi jalan. Abang jangan risau Nuh tak ada apa-apa hubungan dengan dia. Nuh tak akan pernah couple dengan perempuan macam dia tu. Nampak je baik tapi bukannya baik mana pun. Pura-pura je. Kawan dengan Nuh mesti nak harta. Kitakan kaya", jawab Nuh.
            Ya Allah betapa hinanya aku di mata Nuh. Kenapa dia mesti buruk-burukkan aku depan Aiman ? Kenapa dia cakap aku cuma nakkan harta dia je? Sumpah , aku tak pernah terfikir pun nakkan harta dia. Tak sangka selama ni aku menaruh harapan kepada orang yang salah. Betul apa yang Aiman cakap hari tu. Aku tak sanggup berlama disini. Nuh dah buruk-burukkan aku! Aku tak boleh terima semua ni. Aku tak sangka Nuh sekejam ini. Aku berlari keluar dari rumah Nuh. Aku tak dapat bendung air mataku. Aku berlari sehingga terlanggar mama Nuh. Masalah betul. Kenapalah aku langgar mama dia pulak. " Eh , Lia kenapa ni ? Kenapa menangis sayang?", soal mamanya. Aku tidak menghiraukan soalannya. Aku terus berlari. Aku terpaksa balik jalan kaki. Malam mana ada teksi lagi. Sungguh aku tak dapat terima cemuhan Nuh tadi. Aku menyesal kerana terlalu mempercayainya.
==================
             " Nuh , kenapa dengan Lia. Dia menagis-nangis. Mama tanya pun dia diam ja. Kamu pergi hantar dia balik. Bahaya dia balik malam-malam ni. Baik kamu kejar dia. Dia dah tak ada kat rumah kita", kata mama. ' Lia nangis? Lia tak mungkin dengar apa yang aku cakap tadi. Ak terpaksa burukkan dia sebab aku tak nak rampas dia dari abang aku. Lia  awak tak tahu hal sebenarnya', bisik hati Nuh. " Kamu termenung apa lagi tu? Cepatlah ", marah mamanya. Nuh segera mengejar Lia.
            ' Lia, Lia. Sekarang baru aku puas. Kau tak terima aku kan! Sekarang kau rasakan. Orang yang kau sayang kutuk kau sendiri. Padan muka kau. Memang patut Nuh cakap macam tu. Aku sengaja buat biar kau dengar. Kalau kau tak dengar tak jadilah rancangan aku', bisik hati Aiman.
===========
         Gelapnya. Dah la aku takut gelap. Jalan sunyi pulak tu. Air mataku dari tadi tidak berhenti-henti. Miza sahaja yang boleh bantu aku. Aku harap sangat Miza ada dekat rumah. Aku segera mendail nombor telefon Miza.               "Helo,Miza , kau kena to..to..tolong aku. Kau am..ambik aku dekat ru..rumah Nuh sekarang",kataku teresak-esak. " Lia kau kenapa ni ? Kau tunggu aku datang sekarang jugak", balas Miza. Aku terus berlari dan berlari. Aku benci Nuh !!  
              " Lia tunggu", jerit Nuh. Aku peduli apa dengan dia. Jangan harap aku nak maafkan dia. " Lia tunggu lah", jerit Nuh. Nuh semakin dekat denganku. Aku dah tak larat nak lari. Kaki aku penat. " Lia ", panggil Nuh. Tangan ku direntap dari belang. " Apa ni? Sakit tahu tak", balasku. Sedap-sedap je rentap tangan aku macam tu. " Lia kenapa dengan awak ? Dah lah lari dalam gelap sambil menangis. Kenapa awak ni ?", soal Nuh. Dia boleh tanya kenapa. Tak rasa bersalah langsung. " Awak tanya saya kenapa? Puas awak sekarang? Puas awak bila dapat kutuk saya ? Apa lagi yang awak nak?", marahku. " Awak biar saya jelaskan dulu", balas Nuh. " Jelaskan ? Awak nak jelaskan apa lagi? Awak nak cakap saya ni apa lagi? Mata duitan? Perempuan murahan ? Apa? Apa lagi awak nak cakap?", soalku. 
                " Awak tapi....", belum sempat Nuh habiskan ayatnya aku terus masuk ke dalam kereta Miza. Dia sampai tepat pada waktunya. Mizalah penyelamatku kini. " Kau kenapa ni ? Datang tadi beriya-riya seronok. Balik nangis. Siap gaduh dengan Nuh lagi. Kenapa ?", soal Miza. " Tak ada moodlah nak cerita. Nanti bila aku rasa aku nak cerita , aku cerita dekat kau ea", balasku. " Ikut suka kaulah. Aku tak paksa", balas Miza. Aku belum bersedia lagi nak bagitahu dekat Miza hal yang sebenar. Biarlah. Lambat laun Miza akan tahu sendiri.
  ================
                  Kelas hari ni aku tak dapat beri perhatian sepenuhnya. Aku tak tahu apa yang masuk dalam kepala otak aku ni. Final exam tak lama je lagi. Kalau macam nilah , aku yakin result aku mesti down habis. Semua sebab Nuh! Ah , aku benci dia. Aku cuba elak dari jumpa dia. Aku tak suka kawan dengan orang macam tu. Dia bukan ciri-ciri kawan yang aku suka.
            " Lia , kau ni kenapa ? Asyik termenung je. Kalau kau ada masalah . Share la dengan aku. Jangn simpan sorang-sorang",kata Miza. " Ala Miza, macam lah kau tak tahu. Nuh kutuk Lia masa birthday party dia. Tapi jangan risau Nuh cerita dekat aku je. Tak ada siapa pun tahu. Nuh tu memang macam tu. Dia suka gunakan orang. Dia memang tak ada hati perut. Tak guna kawan dengan dia. Buang masa kau taruh harapan dekat Nuh tu Lia. Baik kau dengan aku je. Aku terima kekurangan kau", celah Aiman tiba-tiba. Dia suka mencelah bila orang tengah berbual. " Stop Aiman! Kau ingat bila kau kutuk lagi si Nuh tu kau boleh dapat aku ? Kau ingat aku ni apa?  Kau  tak payah pengapi-apikan  aku supaya bencikan Nuh. Sampai bila-bila pun kau tak kan dapat aku. Cinta buka  boleh dipaksa-paksa.  Kalau aku benci sekalipun Nuh tu, aku tak akan terima kau sebagai pendamping hidup aku. Aku tetap tak boleh terima kau. Sorry", balasku dan terus berlari ke library. Hati kau jadi panas bila jumpa Aiman. 
              " Lia , wait. Betul ke apa yang Aiman cakap tu?", soal Miza."  Kau tak percaya tengok ni. Aku tak tahu kenapa aku tergerak gila nak rakam benda ni. Dan sekarang inilah buktinya. Dah la , aku malas nak fikir lagi. Aku tak boleh nak jumpa Nuh. Aku benci dia. Susah untuk aku lupakan semua ni.Aku gerak dululah", balasku. Fikiran ku bercelaru hanya di sebabkan benda ini.  
=================
           " Miza, Miza . Tunggu aku kejap ", panggil Nuh. " Kau ? Kau nak apa lagi? Kau nak sakitkan hati Lia lagi?", soal Miza. " No. Kau salah. Sebenarnya cerita dia macam ni. Aiman tu kembar aku. Dia abang aku. Aiman cakap dia suka sangat dekat Lia. Dia tak nak aku rampas Lia. Aku suka dia. Tapi aku tak akan rampas kekasih abang aku sendiri. Masa birthday aku, Aiman tanya yang aku suka Lia ke? Aku cakaplah aku tak suka dia. Dia bukan cita-rasa aku. Ada la macam-macam lagi. Aku buat macam tu sebab aku tak nak Aiman tahu yang aku suka Lia. Masalahnya, aku tak perasan la pulak yang Lia dengar. Aiman nampak Lia tapi dia sengaja biar Lia dengar. Tolong aku Miza. Kau je yang boleh bantu aku sekarang.Tolong bagi tahu dia yang aku buat semua tu ada sebab", kata Nuh. 
              ' Aiman kembar Nuh merangkap sebagai abang. Nuh buat semua tu sebab tak nak kecewakan abang dia. Aiman sengaja perangkap adik dia sendiri. Apa kena dengan Aiman tu? Sebab Lia tak terima dia , dia buat supaya tak ada siapa yang nak kan Lia! Kejamnya. Aku mesti bagi tahu dekat Lia. Lia tak boleh terus salahkan Nuh. Aku mesti tolong Nuh", bisik hati Miza. 
           " Nuh , kau betul-betul sayangkan Lia ?", soal Miza. " Ye lah. Takkan aku nak tipu pulak",balas Nuh. " Kau kena pujuk dia. Kau kena jadi seorang yang romantik. Kau kena usaha pujuk Lia", kata Miza. " Pujuk ? Nanti aku belajar macam mana nak pujuk orang ea",balas Nuh.
====================
                " Lia , aku ada story nak cerita dekat kau", kata Miza. " Apa dia?",soalku." Cerita dia macam ni.............", Miza cerita semua yang Nuh cerita pada dia tadi. " Kau percaya yang Nuh tu buat semua tu sebab Aiman?", soal Miza. " Percaya lah jugak", jawab ku. " Kau percaya yang Nuh sayangkan kau?", soal Miza lagi. " Kalau tu aku tak percaya.Aku akan percaya kalau dia sendiri terus terang dengan aku", balasku.
              " Lia apa barang yang kau suka?", soal Miza. " Barang yang aku suka paling mahal adalah teddy bear. Barang yang aku suka sederhana murah adalah bunga. Barang yang aku suka paling murah adalah coklat", balasku.            "Oo , baru aku tahu",kata Miza. " Asal tetiba tanya pulak?", soalku. "Salah ke kalau aku nak tahu barang apa yang kau suka? Takkan?", balas Miza. " Apa-apa je lah Miza oii", kataku.
==================
                 " Lia , Aiman nak jumpa kau dekat cafe sekarang jugak",kata Miza. " Mana kau tahu?", soalku. " Tadi masa habis kelas dia jumpa aku.Dia suruh pesan dekat kau",jawab Miza. "Oklah. Tapi kau kena ikut aku. Boleh?", soalku. " Boleh. Tak ada hal lah. Jom",jawab Miza.
           Apa lah yang Aiman nak lagi? Tak puas-puas ke dia ? Kadang-kadang aku tak faham apa yang Aiman fikir. Pelik-pelik benda yang dia fikir. Kadang-kadang ada yang tak masuk akal. 
              " Lia, say nak minta maaf. Nuh buat semua tu sebab saya. Saya yang salah. Awak maafkan saya dengan Nuh. Nuh sayangkan awak. Jangan hukum dia terus. Tak baik kalau kita hukum orang yang tak salah. Awak fikir-fikirkan lah ya. Nuh memang tak salah. Saya harap awak dapat maafkan saya", kata Aiman. " Ok. Saya maafkan awak tapi kalau awak cuba lakukan benda yang sama sekali lagi , saya tak akan pernah maafkan awak lagi. Faham?", kataku. " Faham,faham. Thanks Lia", jawab Aiman. Dia teru beredar dari situ. Setakat ni , dah 2 orang cakap Nuh suka aku. Tapi aku tak percaya. Selagi dia tak berterus terang aku tak akan percaya. 
              " Temu janji dengan Aiman da selesai. Sekarang kau kena pergi taman sana pulak. Ada seseorang nak jumpa kau. Kali ni aku tak boleh nak ikut. Orang tu dah bagi amaran dekat aku. Aku pergi dulu", kata Miza. Siapa lah pula nak jumpa aku ni ? Dah la tak bagi Miza ikut. Takut lah macam ni.Puas aku cari siapa orangnya. Tapi dari tadi aku nampak Nuh je yang ada. Tak ada sesiapa selain Nuh. Nuh ke nak jumpa aku ? Ah , aku tak bersedia lagi nak jumpa dia.
            " Eh , Lia. Dah lama ke sampai? Saya tak perasan awak dah sampai.Duduklah", kata Nuh. Macam manalah dia boleh perasan. Dari tadi asyik adab buku je. " Awak nak apa lagi ?", soalku. " Ok. Sebenarnya saya nak minta maaf. Aku kena dengar penjelasan saya ni. Saya sebenarnya....", belum sempat Nuh menghabiskan ayatnya aku sudah mencelah. " Wait. Tak payah nak jelaskan. Saya dah tahu semuanya. Miza dengan abang awak, Aiman tu dah terangkan segala-galanya", kataku. " So , awak boleh maafkan saya ?", soalnya. "Maafkan rasanya", balasku.
Lia , saya nak terus terang dengan awak. Saya sayang awak sangat-sangat. Kita couple nak?", soal Nuh. " Awak serius ke main-main ni? Tak lawaklah Nuh", balasku. Nuh keluarkan sesuatu dari beg kotak yang ada disebelahnya. " Saya betul-betul sayang awak. Saya nak awak jadi pendamping hidup  saya selama-lamanya. Bukti dia, tengok ni. Saya ada bunga. Dekat bunga tu terselit coklat cadbury. Dan , bunga itu diserikan lagi dengan anak patung angry bird yang comel macam awak. Benda yang paling mahal, sederhana, dan murah yang awak suka semua ada. Semua tu awak suka. Semua ni milik awak. Tapi, apa yang saya suka belum jadi milik saya lagi", kata Nuh. " Lon Galak Krue Droneh", balasku. " Awak ingat saya tak tahu apa maksud dia? Saya tahulah. Kalau awak nak tahu saya sebenarnya, Watashi wa anata o aishite sangat-sangat. ", balas Nuh.
            Sekarang semuanya sudah aku tahu. Aku percayakan Nuh. Aku juga sayangkan dia. Habis belajar nanti dia nak masuk meminag aku. Wah , seronokny. Tak sabar rasanya. Semoga hubungan kami kekal selamanya.
             
                        ! TAMAT !

p/s : maaf kalau tidak seron0k . Ni adalah karya ke2 saya. Harap sudi baca n beri komen.saya budak baru belajar. mana yang salah tolong tunjukkan dapatlah saya betulkan kesalahannya.






2 comments: