Tuesday, 20 December 2011

~H@nY@ K@m0o D! HaT!kU ~ 1

Bab 1 


Kring,kring,kring. Jam loceng milik Ad berbunyi. Kuat. Sampai ke dapur boleh dengar bunyinya itu. 
                        Ish , bising betullah. Kacau betul orang tidur", marah Ad sekaligus mematikan jam locengnya itu. ' Barulah nyaman. Tak ada lagi bunyi-bunyi yang kacau aku lagi', bisik hati Ad. Ad tidak sedar yang dia sudah terlewat untuk pergi ke kolejnya.


          Kring,kring,kring. Jam loceng handfonenya pula berbunyi.Memang mengganggu betul orang hendak tidur. 'Apa sal bunyi lagi ni?', fikir Ad. ' Ala, baru kul 6.45 pagi', balasnya. Ad masih tidak sedar yang dia sudah lambat. Ad lihat kembali handfonenya itu. ' What ? 6.45? Ya Allah. Aku dah lambat ni. Kenapa jam tak bunyi. Saja je, kutuk Ad. Dia yang bangun lambat disalahkan jam pula. Sedangkan dia yang matikan jam locengnya tadi. Ad, Ad. Tak berubah-rubah.


            Kelam kabut dia mandi.Tak sampai 10 minit dia sudah keluar dari bilik air. Cepat betul mandi. Walaupun lambat, tanggungjawabnya sebagai umat Islam tetap tidak dilupakan. Tak tahulah khusuk ke tidak. Lepas je selesai menunaikan solat Ad segera bersiap-siap dan turun ke bawah. 
                " Mama , kenapa tak bangunkan Ad ? Kan Ad dah lambat ni", marah Ad. " Aik ? Mama pulak yang salah. Jam loceng kami tu bunyi sampai dapur boleh dengar. Telinga kamu ada masalah rasanya', kata-kata mamanya disambut dengan ketawa papanya. " Ma, abang Adam mana ? ",soal Ad. " Abang kamu tu bukannya macam kamu. Dia dah pergi kolej. Kamu tu dah lambat",balas mamanya. " Ala , Ad kena drive la ni ? Tak apalah ma , pa. Ad pergi dulu. Assalamualaikum",kata Ad dan terus bergerak ke keretanya. Produa Myvi pink dihadiakan kepada Ad semperna ulang tahun kelahirannya yang ke 24 tahun. 










No comments:

Post a Comment