Friday, 16 December 2011

kebahagiaan milik kita ber2

Salam pengenalan. Nama aku Nur Ishqi Umairah.Lebih mudah panggil sahaja aku Ishqi. Baru berusia 26 tahun dan menjadi pensyarah di UITM Shah Alam.  Merupakan anak tunggal dalam keluarga. Suka sangat baca novel dan menulis cerita . Paling aku tak suka adalah , jatuh cinta. Ye, cinta! Cinta itu buta. Cinta menjadikan seseorang itu leka. Cinta buat orang gila bayang.Tak pernah sekali pun aku menjebakkan diri ke arah percintaan." Ah , lantaklah. Tak mati pun kalau tak ada cinta. Tapi sanggupkah aku jadi anak dara tua? 0h, tidakkkk !",bisik hatiku.
================
            Aku yang terpaksa memandu kereta. Amira hanya memberi arahan kepadaku. " Ingat aku ni apa ? driver dia? ish3", rungutku dalam hati. " Ishqi brek",jerit Amira sekali gus menyedarkan aku dari lamunan. Cepat-cepat aku brek. Tapi , malang. Aku sudah melanggar sebuah kereta vios. Betapa lekanya aku tadi. Tulah padahnya bila mengata orang." Ishqi, kau ni kenapa? bawa kereta tapi mengelamun. Kau nampak tak ade kereta berhenti dekat depan tu ? Kau bertanggungjawab! Pergi minta maaf", marah Amira. " Mulut mengalahkan emak aku je", rungutku dalam hati. " Ishqi , jangan nak kutuk aku pulak",balas Amira. ' alamak. macam mana dia tahu aku kutuk dia? pelik betul la. 
        Sekarang ni apa yang harus aku lakukan? Pusing-pusing. Tapi , dia jugak yang salah. Kenapa dia suka-suka hati berhenti tengah jalan. Kan dah menyusahkan. Tak kira. Ni memang salah dia'. Aku keluar dari kereta dengan seribu satu perasaan. Buat-buat berani tapi sebenarnya takut. 'Sabar Ishqi',bisikku. Aku mendekati kereta itu. Aku mahu menemui tuan punya kereta itu . Aku ketuk cermin tingkap keretanya itu. Lantas tuan punya kereta itu pun keluar. Lelaki ! Alamak !Aku lemah bab-bab lelaki ni. Aku memberanikan diri untuk bersuara.
 " Maaf ya Encik?" kataku sambil menanya namanya." Oh , panggil Rafiq sahaja", balas tuan punya kereta itu dengan selamba." Encik Rafik ni kenapa ? Berhenti tengah-tengah jalan? Tahu tak awak tu dah ganggu pengguna jalan raya yang lain ? Tengok apa dah jadi sekarang. Tak pasal-pasal saya langgar awak ", marah ku. Lelaki itu mentertawakanku. Ake menjadi semakin 'panas'. Aku marah, dia masih boleh tergelak? huh ! " Maafnya Cik?" tanya lelaki itu . "Panggil Ishqi", balasku acuh tak acuh. " Cik Ishqi ni cantik orangnya.Tapi, saya rasa mata cik ada masalah. Setahu saya , kalau lampu isyarat warna merah mamang sepatutnya berhenti. Lainlah kalau memang nak kene saman.", sindirnya. ' Lampu merah ? Ya Allah , kenapalah aku tak perasan yang ada lampu merah. Malunya. Apa aku nak jawab ni ? Nasib baik lah tak ada sesiapa disitu',bisik hatiku. Amira yang dari tadi asyik memerhati turut mentertawakan aku. Makin pasanlah macam ni. " Tapi tak apa, kereta ni ok je. Tak ada cacat celanya. Tak payah risau", balasnya. " Siapa cakap saya risau. Lagi pun , takkan lah saya nak bayar kot",balasku. " B, siapa perempuan ni? Kasarnya cakap", kata seorang gadis. Rupa-rupanya gadis itu ada di dalam kereta lelaki itu. Kenapalah aku tak perasan pun dia ada. Huh! Buat malu kaum wanita sahajalah. Tergedik sana tergedik sini. Geli pulak aku tengok minah sorang tu. " Hey awak, suka hati saya lah nak cakap kasar ke lembut ke. Awak sibuk kenapa? Ha, lagi satu.Biarlah saya cakap kasar  sekurang-kurangnya baju saya masih cukup kain.Tak macam awak tu. Tergedik-gedik",marahku.Peduli apa aku dengan dia. Lantak kaulah nak cakap apa. "B,tengoklah perempuan ni.Sedap-sedap je nak marah I.Jomlah balik.Buat apa layan singa betina ni",katanya sambil menarik tangan lelaki itu. Aku terus masuk ke dalam kereta.
      " Yang kau pergi sound minah tu kenapa ? Mana tahu dia tu isteri lelaki tu",kata Amira sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta.'Aah la. Kenapalah aku tak terfikir pun.',desis hatiku. " Lantak dia lah  Amira.Buat bodoh suda",balasku.Aku meneruskan perjalananku.'Fokus Ishqi,fokus',bisik hatiku.Kenapalah nasib aku malang hari ni. Dah la malu.Kena sound pulak dengan minah gedik tadi tu. Aishh !
=================
        Hari ni adalah cuti sem.Jadi , semua pelajar boleh pulang ke rumah masing-masing.Aku pun ambil peluang itu untuk pulang ke rumah ibu bapa ku di Selangor. Entah kenapa aku berasa tidak sedap hati.Macam ada sesuatu yang akan berlaku.Perjalan yang mengambil masa lebih 2 jam itu benar-benar memenatkan.
      " Assalamualaikum. Mak 0o mak ", kata-kataku terhenti sebaik sahaja melihat tetamu di dalam rumah. Macam aku pernah lihat orang itu. Ada 3 orang. Semuanya tidak ku kenali. " Qi , yang tercegat dekat pintu tu kenapa ? Masuk lah", kata emak. Serta merta aku bergerak menyalami wanita dan lelaki yang agak berumur itu. " Lah , Qi . Kenapa tak salam dengan Rafiq tu? Dia tulah tunang Qi", kata emak . " Tunang ? Bila pulak Qi tunang mak? ", tanyaku. " Tak apa . Qi pergi naik atas tukar baju. Lepas ni mak cerita", kata emak. Tanpa banyak soal aku terus naik ke bilikku. Puas aku fikir.Rafiq?Macam penah dengar je.Muka pon macam penah tengok.Ya Allah . Dia tulah lelaki yang aku jumpa hari tu.Aah la. Kenapa lah aku tak perasan dia tadi.Kenapalah mak tunangkan aku dengan lelaki yang player macam dia tu? Takkan lah aku kene kahwin dengan dia kot.Gila-gila !
         Lepas siap, aku terus turun.Ingatkan dah balik. Rupanya dia orang ada lagi. Apalah aku nak cakap ni? Masalah betullah.Aku duduk di sebalah emak.Dari tadi Rafiq asyik pandangku. Tajam ! " Qi , ni lah mama dengan papa Rafiq.Datin Fatimah dengan Datuk Hasyim",kata mak. " Tapi , jangan panggil kami datuk ataupun datin. Guna uncle dengan aunty je", tambah mama Rafiq. " Mak , bila masa pulak Qi tunang?", tanya ku. " Kalau Qi nak tahu , mak dengan ayah da tunangkan Qi masa Qi kecil lagi.Kami sengaja rahsiakan hal ini.Lagi pun mak rasa tak salah kalau Qi kahwin dengan Rafiq.Qi tak ada teman lelaki kan?", kata emak. " Memanglah tak ada tapi mak", belum sempat aku habiskan ayat mak sudah memotong. " Qi , tak ada tapi-tapi. Minggu depan Qi dengan  Rafiq akan dinikahkan",kata emak. " What ? minggu depan?",kataku dan Rafiq serentak. Ya Allah. Kenapalah nasibku sentiasa malang? " Ma, Fiq nak cakap dengan Ishqi sekejap",kata Rafik. Aku hanya menurutinya.
        "Fiq, awak tahu tak yang kita ni da ditunangkan?",tanyaku. "Tahu",balasnya pendek. Macam mana dia boleh tahu sedangkan aku tak tahu pun. " Tapi , saya ingatkan tunang saya baik , lemah lembut dan tak rabun", sindirnya. Perkataan 'tak rabun' itu sengaja ditekankan." Saya ingatkan tunang saya ni setia, kuat agama dan bukan player",sindirku pula.Aku tak nak suami yang player."Nak buat macam mana, minggu depan kita akan kahwin.Da tak boleh nak elak. Terima ajalah",jawabnya. " What ? Eh, awak.Kenapa awak tak batalkan je.Awakkan da ada awek.Buat apa kahwin dengan saya?",kataku."Kahwin ke tak kahwin ke saya tetap boleh jumpa kekasih-kekasih saya.Awak jangan sesekali halang saya.Jangan awak ingat saya suka awak",katanya. 'Kekasih-kekasih'! Tengok . Da terbukti memang dia player!
======================
      Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.Tiada kegembiraan buatku. Tiada kebahagiaan buatku.Senyuman yang ku ukir bukanlah seyuman kegembiraan.Hanyalah senyuman palsu!Dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada  Mohd Rafiq Izani.Macam manalah aku nak harungi hari-hariku bersama suami yang langsung tidakku cintai? Aku langsung tidak mengenali hati budinya.
        "Fiq, sekarang ni Qi adalah tanggungjawab kamu.Qi isteri kamu yang sah.Kamu perlu ingat tanggungjawab kamu",kata mak. " Ishqi pun kena jaga hati Fiq ni.Fiq memang nampak macam garang sikit tapi dia penyayang",tambah mama pula. 'Penyayang? Oh , patutlah ramai perempuan nak dekat dengan dia.Penyayang tak bertempat langsung',bisik hatiku.
==============
        Majlisku tadi dilangsungkan di sebuah hotel.Jadi , tidak ada apa yang perlu dikemaskan.Aku dan Fiq tinggal dirumah mama buat sementara waktu."Ishqi , pergilah masuk bilik. Fiq ada kat dalam bilik rasanya",kata mama. Aku terus menuju ke bilik.Perlahan-lahan aku membuka pintu bilik.Cantik! Aku suka dengan reka bentuk bilik itu."Awak, sini sekejap. Ada benda saya nak beritahu",panggil Fiq. " Saya nak berterus terang.Saya kahwin dengan awak bukan sebab cinta.Saya kahwin dengan awak sebab saya tak mahu jadi anak yang derhaka.Saya dah ada kekasih saya sendiri.Saya tak akan sentuh awak.Maknanya kalau kita bercerai awak masih dara.Jadi saya harap awak faham.Dan,tolong jangan cerita dekat sesiap tentang hal rumah tangga kita",kata Fiq.
     Fiq benar-benar tidak dapat menerima kehadiranku disisinya.Aku akan cuba jadi isteri yang baik buat Fiq.Aku menahan air mataku.Aku tidak mahu menangis dihadapannya. "Awak, habistu tidur macam mana ?", aku memberanikan diri untuk bersuara."Tidur? Erm. Kita tidur je kat atas katil sama-sama.Tapi saya janji saya tak akan buat apa-apa pada awak",katanya.Aku akur.Aku terus bergerak ke katil.Aku meletakkan bantal peluk di tengah-tengah.Malam pertamaku tidak sama seperti malam pertama pengantin-pengantin yang lain.Aku tidur dengan linangan air mata.Sungguh aku tidak akan lupa ayat Fiq tadi.  
=====================
            Pagi-pagi lagi Fiq sudah pergi ke tempat kerja.Hatiku benar-benar terusik dengan kelakuan Fiq.Kalau tak dapat terima aku sekali pun sekurang-kurangnya janganlah pergi kerja dulu harini.Pasti mama dan papa syak sesuatu nanti. " Qi, jangan ambil hati ye dengan Fiq.Fiq memang macam tu. Dia terlampau pentingkan kerja.Sabar ye",kata papa.Fiq menggantikan papanya di pejabat.Syarikat itu telah diserahkan kepada Fiq.
      "Ma, boleh tak cerita sikit dengan Qi tentang Fiq.Qi tak kenal dia.Jadi banyak yang Qi tak tahu tentang di,ma",kataku.Mama menceritakan segalanya kepadaku.Fiq suka warna purple.Sama denganku.Fiq suka main hoki.Fiq memang banyak awek.Mama jodohkan Fiq dengan ku kerana mama yakin aku boleh mendidiknya.Aku mampu mengubah Fiq.Mama letakkan tanggungjawab yang sangat berat buatku.Bukankah sepatutnya Fiq yang perlu membimbingku ke arah yang diredhai Allah?
    Apakah pengakhiran semua ini? Adakah aku terpaksa meninggalkan Fiq? Aku akan lakukan apa sahaja demi kebahagiaan Fiq. Jika Fiq bahagia, aku pun turut bahagia. Minggu depan aku perlu kembali mengajar.Amira pasti terkejut bila aku ceritakan semua ini nanti.
============
       " Awak, minggu depan saya da start mengajar balik.Awak still duduk dekat sini ke?",tanyaku."Mama ada beli rumah dekat Shah Alam. Kita duduk sanalah.Esok kita gerak",balasnya."Tapi, tak  jauh ke awak nak pergi kerja?",tanyaku  lagi. "Biarlah.  Bukannya jauh sangat pun",balasnya. "Awak",panggilku lagi. "Awak nak apa lagi ni? Bising tahu tak.Dari tadi asyik memekak.Mulut awak tu boleh diam tak?",marah Fiq. Itulah kali pertama dia menengkingku.Aku tergamam.Aku mengesat air mataku. Aku segera pergi ke toilet.Aku tidak sanggup berhadapan dengannya. Aku menangis sepuas-puasnya didalam bilik air.Hatiku benar-benar terusik dengan kata-kata Fiq.
       Pintu bilik air diketuk berkali-kali.Aku masih enggan membukanya.Aku tak mahu berhadapan dengan Fiq."Awak , bukak la pintu ni.Awak ,dengar ke tidak ni? Bukak la cepat",katanya. Akhirnya aku akur.Aku terpaksa juga bukak.Mata ku sembab kerana terlalu banyak menangis."Awak,sorry.Saya tak ada maksud nak marah awak",kata Fiq. "Tak apa.Abaikan.Saya turun bawah dulu",kataku.Seboleh-bolehnya aku mahu melarikan diri daripada Fiq.Mujur Fiq tidak menghalangku.
        Fiq duduk sendirian di dalam bilik.Fiq mula sayangkan isterinya itu namun egonya setinggi lagit.Fiq tidak mahu menunjukkan sayangnya kepada Ishqi. Fiq takut Ishqi tidak menyayanginya. Fiq takut dia akan kecewa jika menyayangi Ishqi sepenuh hati. Fiq takut cintanya bertepuk sebelah tangan.
======================
        Kini aku sudah berada di Shah Alam. Rumah yang mama belikan itu sangat cantik.Besar! Aku dan Fiq tidak tidur sebilik.Itu adalah permintaanku dan Fiq hanya akur.Fiq tidak menahan mahupun memujuk.
        Hari demi hari, aku mula tahu perangai sebenar Fiq.Fiq suka keluar malam dan balik awal pagi. Mustahil keluar atas urusan kerja.Hatiku bagai disiat-siat.Kenapa Fiq makin lama makin jauh dariku. Aku ingin dia ada disisiku.Aku tidak mahu dia terus memakukan perkara-perkara yang akan mendatangkang fitnah dan juga dosa.
    Aku mula sedar yang Fiq memang tidak dapat menerimaku.Aku bukan siapa-siapa baginya.Fiq sentiasa mencari salahku.Hari-hari aku akan tidur bersama air mata. Air mata umpama sahabatku kini. Aku yakin , aku tidak akan mendapat kebahagiaanku jika aku terus hidup bersama Fiq.Aku yakin Fiq juga mahukan kebahagiaan. Aku tidak dapat beri kebahagiaan kepada dia.
=================
        Aku berjalan-jalan tanpa arah tuju.Aku tidak tahu mahu kemana.Fiq awal-awal lagi sudah tiada dirumah.Aku masuk di kedai buku.Aku ni memang suka membaca.Selagi boleh,semua novel aku nak beli.
             " You ni Ishqikan? Isteri Fiq?",tanya seseorang. Aku cuba amati wajahnya tapi aku tetap tidak mengenalinya. " Ya. Saya isteri Fiq. Kenapa ya? Awak ni siapa?",tanya ku pula. " I Azi. I kekasih dia. Kalau boleh I nak you izinkan Fiq untuk nikahi I",kata Azi. Kahwin lagi ? Sanggupkah aku berkongsi kasih? Sanggupkah aku melihat kemesraan mereka nanti? Ya Allah , kau tabahkan lah hatiku ini. " Tak apalah Azi, nanti saya bincang dengan Fiq",kataku penuh sebak.
        Apakah ini pengakhirannya? Aku terus pulang ke rumah. Aku tidak tahu bagaimana mahu berterus terang dengan Fiq. Aku sayang dia.Aku cintakan dia. Aku tak mahu kehilangan dia. Ya Allah , apa yang harusku lakukan ni? Kalau aku terus terang mesti aku akan kehilangan dia sekelip mata.
=================
              "Qi, Qi, awak dengar tak saya panggil ni?", jerit Fiq.. Tiada lagi kegembiraan diwajah Ishqi.Tiada lagi kedengaran suara manja isterinya itu.  Fiq berjalan mendekati Ishqi. Ishqi langsung tidak menyedari kehadiran Fiq.
              "Qi, awak ni kenapa ? Ada masalah ? Share la dengan saya",kata Fiq. Ishqi tersedar dari lamunannya. " Eh, bila awak datang sini?", tanyaku. " Qi , saya rasa kalaua ada pencuri yang masuk rumah kita ni pun awak takkan perasan. Awak fikir apa ni?",tanya Fiq. Macam mana aku nak cerita semua ni dekat Fiq?
           " Awak , siapa Azi ?", tanyaku. Fiq masih diam. Aku tak puas hati. Aku harus tahu perasaan Fiq terhadap perempuan tu."Fiq, tolong jawab. Siapa                      Azi ?",desakku lagi.Air mata ku tidak dapat ku bendung. Aku biarkan ia mengalir. "Dia kekasih saya. Lagi pun kenapa awak nak tahu? Awak bukan siapa-siapa bagi saya.Awak tak boleh halang saya jumpa dia",kata Fiq. 'Awak bukan siapa-siapa bagi saya'. Betapa pedihnya hatiku saat mendengar ayat itu. Kalau dia tak anggap aku isteri dia kenapa dia tak ceraikan je aku. Aku terus berlari ke bilik. Hatiku sakit apabila lihat wajah Fiq.
========================
          "Qi , awak nak pergi mana ni? Kenapa kemas semua barang-barang awak ? Awak nak tinggalkan saya ke?", sayu suara Fiq. " Izinkan saya balik rumah mak ayah saya",kata ku teresak-esak. " Tapi kenapa tiba-tiba? Qi , awak kenapa ni ?",tanya Fiq lagi.
       " Fiq, saya cuma nak awak tahu kenapa saya cemburu , kenapa saya merajuk dan kenapa saya marahkan awak. Saya cemburu sebab saya sayangkan awak. Saya merajuk sebab saya mahukan perhatian daripada awak. Saya marah sebab saya nak yang terbaik buat awak. Mama awak suruh awak kahwin dengan saya supaya saya boleh didik awak. Supaya awak jadi seorang suami yang setia. Sekarang memang saya nampak awak bukan player. Awak setia. Awak setia pada kekasih awak bukan isteri awak. Saya bukan siapa-siapa buat awak. Kenapa kita tak pisah dari dulu je? Kenapa awak seksa saya macam ni. Saya manusia biasa. Saya ada hati dan perasaan",kataku teresak-esak.Aku harus berterus terang dengan dia hari ni. Fiq harus tahu perasaan aku.
           " Tapi Qi ", belum sempat Fiq habiskan ayatnya aku sudah memotong. " Tak apalah Fiq, saya tahu segalanya.Azi betul-betul sayangkan awak.Dia siap minta kebenaran saya supaya izinkan awak kahwin dengan dia.Mungkin dia sudah ditakdirkan untuk awak. Dialah tulang rusuk kiri awak. Awak jagalah dia.Saya izinkan awak kahwin dengan dia. Dan, saya cuma nak awak tahu yang saya sangat menyayangi awak sampai bila-bila,Fiq.Izinkan saya pergi",kataku. Aku tak dapat bendung kesedihanku. Biarlah segalanya terbongkar hari ini.
===============
'Qi, maafkan saya. Saya juga mencintai awak. Saya juga sayang awak sampai bila-bila. Qi, saya takut nak terus terang dengan awak. Saya tak sangka semua ini akan berlaku. Qi, baliklah.Janganlah tinggalkan saya',bisik hati Fiq. Fiq turut menangisi pemergian Ishqi. Fiq tidak tahu bagaimana mahu berterus terang dengan Ishqi. Biarlah Qi pergi. 'Saya janji satu hari nanti awak akan pulang kembali ke pangkuan saya',bisik hati Fiq.Fiq mencapai telefonnya dan menghantar pesanan ringkas kepada Azi.


         + Azi, saya ada benda nak beritahu awak.
         - Ape dia ?
         + Saya nak jumpa awak dekat Restoran Bunga Raya
         - Kenapa tiba-tiba nak jumpa ni? Rindu ea ?
         + Azi, saya serius ni.
         - Ok. Sorry. Pukul berapa?
         + Sekarang. Saya tunggu awak dekat sana.


' Apa yang Fiq mahukan ? Tak pernah-pernah dia sebegitu',fikir Azi. Azi segera bersiap. Dia tidak mahu lewat. Bila mood Fiq tidak baik, semua orang akan dimarahinya.
=================
           " Hye. Fiq kenapa ni? Tiba-tiba nak jumpa", sapa Azi. " Azi , saya rasa saya tak sayang awak. Sekarang baru saya sedar saya amat menyayangi isteri saya. Saya tak ingin sakiti dia lagi. Di sebabkan kata-kata awak, dia tinggalkan saya. Dia beri keizinan untuk kahwin dengan awak. Maaf Azi, saya rasa kita tidak ditakdirkan untuk bersama",terang Fiq.Azi menyesal . Dia tidak menyangka semua ini akan terjadi. Mulianya hati Ishqi.      "Azi maafkan saya. Saya tahu apa yang saya cakap ni akan sakitkan hati awak. Tapi nilah kenyataannya.Sorry",kata Fiq lagi penuh dengan kekesalan. Azi merasa dialah punca segalanya. Azi harus menebus kembali kesalahannya.
     " Tak apa Fiq. Saya faham. Saya janji akan bantu awak. Tapi awak pun kena berusaha lebih sikit. Nak pujuk perempuan susah sikit. Awak kena jadi seorang yang romantik. Awak kena terus terang dengan dia. Awak tak boleh biarkan dia terus fikir yang awak benar-benar sayangkan saya. Kita sama-sama usaha ye",kata Azi.
     Fiq berasa sangat gembira. Lain yang di fikir lain yang berlaku. Tidak sangka Azi akan membantunya. Sekarang, semuanya menjadi lebih mudah. Fiq juga telah menceritakan kepada mama dan papanya. Mama dan papanya berjanji akan membantunya.
===========================
          " Qi , kenapa tak balik dengan Fiq sekali?", tanya ayah. Aku terus memeluk emak. Aku menagis di dalam dakapan emak. " Kamu ni kenapa Qi ? Cuba cerita dengan mak dan ayah. Mana tahu kami boleh tolong kamu. Aku menceritakan segalanya kepada emak dan ayah. Aku tak sanggup pendamkannya seorang diri. Lagi pun emak dan ayah juga perlu tahu siapa sebenarnya Fiq yang mereka bangga-banggakan selama ini.
    "Qi , sepatutnya kamu tak boleh lari dari rumah tu. Kamu larikan diri sampai ke London sekalipun masalah tak akan selesai. Kamu perlu berbincang. Selesaikan elok-elok. Jangan kamu ingat dengan larikan diri dapat selesaikan masalah",kata ayah. " Tapi ayah, nak bincang apa lagi? Fiq da mengaku yang Azi tu kekasih dia. Lagi pun sepanjang Qi berada di Shah Alam, kami tak pernah tidur sebilik", terangku. Mak dan ayah mengucap sebaik sahaja mendengar penerangan tentang rumah tangga kami.
    " Qi , kenapa sampai macam tu sekali ? Kamu tahu tak yang Fiq ada hak atas kamu? Kamu tahu tak semua tu Qi ?'' tanya mak . " Mak , Qi tahu semua tu. Tapi , kalau kami tidur sebilik pun tak akan berlaku apa-apa sebab Fiq dah cakap yang  dia tak akan sentuh Qi. Fiq cakap kalau kami bercerai sekalipun Qi masih suci",terangku lagi.
    ''Sekarang ni, Qi nak duduk sini sementara. Qi tak nak balik sana. Bolehkan ayah, mak ?",kataku. " Kami tak kisah. Tapi Fiq tahu tak kamu dekat sini?",tanya ayah.  "Fiq tahu yah. Oklah . Qi masuk bilik dulu ye",kataku.
========================
          " Macam mana boleh jadi macam ni Fiq? Kamu sanggup keluar dengan perempuan lain. Kamu tak hiraukan langsung perasaan isteri kamu tu. Memang patut dia tinggalkan kamu. Biar padan dengan muka kamu tu. Sebok sangat menggatal dengan perempuan lain. Ada isteri yang cantik macam tu pun kau sanggup cari lain. Apa nak jadi dengan kamu ni Fiq ? Papa malu tau macam ni. Nampak sangat yang papa dengan mama tak pandai didik anak. Memalukan sungguh", kata papa.  
    " Pa , ma , Fiq betul-betul minta maaf .Papa dengan mama perlu bantu Fiq.Cari jalan macam mana nak pujuk Qi supaya balik rumah. Tolong la pa,ma. Qi sekarang ni dekat rumah mak.Fiq tak tahu nak buat apa. Kalau Fik pergi sana, mesti Qi tak nak jumpa Fik.Macam mana ni ? ",kata Fiq.
    " Macam ni , mula-mula Fiq try la pergi sana. Kalau dia tak nak jumpa Fiq baru kita fikir cara len. Yang penting Fiq kena usaha keras. Fiq kena pandai mengayat. Barulah Qi boleh percaya yang Fiq betul-betul sayangkan dia", kata mama pula.
   " Ok . Fiq cuba pergi sana. Thanks ma, pa", kata Fiq. Fiq terus mengemas pakaiannya. Fiq mahukan Qi semula . Terasa menyesal kerana pernah melukai hati isterinya itu. Hati Fiq menjadi sayu pabila melihat air mata Qi yang mengalir. Fiq tidak melayan Qi sepertimana suami melayani isteri. Fiq ego ! Disebabkan egonyalah dia hampir kehilangan Qi !
==================
        " Qi , jom turun makan nak . Malam tadi Qi tak makan. Qi kena makan . Nanti sakit macam mana", kata emak. " Mak , Qi tak lapar. Nanti kalau Qi lapar Qi turun la mak. Mak dengan ayah makan dulu tau",jerit Qi.
           Qi mahukan Fiq ! Qi mahukan Fiq mak ! Air matanya mengalir lagi. Terlampau murah air matanya sekarang. Kenapa Fiq tak mahu pujuk aku ? Fiq benar-benar mahu aku pergi. Kata mama Fiq penyayang. Tapi , aku tak pernah rasa disayangi oleh Fiq. Untung Azi. Malangnya aku !
            Pintu bilik Qi diketuk berkali-kali. Qi segera membukanya. " Mak , Qi tak lapar. Qi lapar nanti Qi turunlah makan", kata Qi dan terus tutup kembalik pintu biliknya itu. Pintu bilik Qi diketuk lagi . "Qi segera buka. " Mak kan Qi cakap", aku tak dapat teruskan ayatku. Dihadapanku kini bukan emak tapi Fiq ! Aku tak mahu jumpa dia. Aku tutup kembali pintu bilik namun sempat dihalanag oleh Fiq. Aki akur.Aku terpaksa beri dia masuk ke bilikku. Aku hanya mendiamkan diri. Aku tak mahu pandang dia! Tapi aku rindu.
          " Qi saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak mahu awak lari dari saya. Jom lah balik",kata Fiq.  "Awak tak mahun saya lari lari awak ? buat ape ? Awak , saya ni bukan siapa-siapa buat awak . Awak tak payah datang sini lagi. Awak balik laa. Balik ! Saya tak perlukan awak lagi",kataku teresak-esak.     "Tapi Qi ", belum sempat Fiq habiskan ayatnya aku sudah memotong. " Dah la Fiq. Tak payah ganggu saya lagi. Balik laa. Balik", kataku. Fiq terus keluar. Kecewanya ! Kenapa dia tak nak pujuk sikit pun. Fiq tak cakap pun yang dia suka aku. Fiq ! Saya sayang awak. Kenapa awak buat saya macam ni ?  
=======================
     " Fiq nak pergi mana ni ?", soal ayah . " Fiq nak balik lah. Qi tak suka Fiq ada dekat sini. Qi betul-betul merajuk dengan Fiq. Fiq tak tahu nak pujuk macam mana yah",kata Fiq dengan penuh sayu.     "Tak apa lah Fiq. Nanti ayah dengan mak tolong pujukkan dia. Dia kalau merajuk memang susah nak pujuk",kata ayah. " Fiq balik dululah yah, mak",kata Fiq.
          Fiq terus masuk kedalam keretanya. Fiq benar-benar buntu. Fiq tak tahu apa yang harus dilakukan. Papa dengan mama perlu bantu Fiq. Tapi macam mana ? Ya Allah , Kau bantulah hambaMu ini ! Aku benar-benar mahukan pertolonganMu,Ya Allah ! Beberapa minit kemudian Fiq tiba di rumah papa dan mamanya. Mama dan papa menunggu kepulangan Fiq. Mereka berharap Fiq dapat memujuk Qi . Tapi hampa.
     " Fiq , apa yang kamu cakap dekat dia tadi ? kenapa dia masih tak mahu ikut kamu balik ?",tanya mama. " Fiq cakap Fiq minta maaf. Fiq tak mahu dia lari dari Fiq. Fiq nak dia ikut Fiq balik. Fiq cakap macam tu je ma," balas Fiq. " Ya Allah ! Memang la Qi tak mahu ikut kamu balik. Kamu tak cakpa yang kamu sayangkan dia. Kamu tak bagitahu status sebenar kamu dengan Azi. Kamu langsung tak pujuk dia.Memang patut dia tak mahu . Kalau mama pun mama tak mahu.Apa yang Fiq cakap tu tak nampak macam Fiq sayangkan dia. Fiq sayang ke tak dia sebenarnya ni ? ", kata mama.
" Mama ni , mestilah Fiq sayang dia . Cuma Fiq tak tahu macam mana nak tunjuk rasa sayang Fiq ni dekat dia",terang Fiq,. " Kamu cakap tak tahu ? Nampak sangat menipu! Habis , selama ni macam mana kamu layan perempuan-perempuan yang lain? Tak kan lah kamu tak buat apa-apa.",kata mama. Mama mula berapi dengan jawapan Fiq. Tak lama lagi meletuslah api tu.
 " Papa ada idea. Sini-sini",kata papa. " Papa rasa kamu patut "................
============================
            " Morning mak , ayah ", kataku. " Hye , morning. Qi ada bunga untuk kamu",kata mak.     "Bunga mak ? siapa yang bagi?", tanyaku. " Tengok la sendiri . Manalah mak tahu. Lagi pun bukan tuannya yang hantar. Budak kedai yang hantar . Macam cantik je mak tengok",kata mak lagi.Siapa pulak lah yang gatal-gatal bagi bunga dekat aku ni ? Wah , cantik. Ada 8 kuntum bunga ros merah. Tapi yang aku peliknya. Bunga yang berada di tengah itu adalah bunga plastik. Pelik. Kenapa mesti satu sahaja ? Erm, wangi ! Aku segera buka kad yang diselitkan.


           ~ hye.. Terimalah bunga yang tak seberapa daripada saya !                                                                                 Saya tak tahu nak bagi apa sebab saya tak tahu apa yang awak                                                                   suka.Saya harap awak boleh terima bunga ini. Saya rasa mesti awak                                                    pelikkan kenapa hanya 1 kuntum sahaja bunga yang bukan bunga hidup.                                            Semua bunga yang hidup itu akan layu tapi tidak bunga ke plastik.                                                 Bunga itu ibarat cinta saya pada awak. Kalau layu kesemua bunga itu                                  maknanya layulah cinta saya pada awak. Tapi, bunga plastik itu pertahankan                               cinta saya. Maknanya cinta saya buat awak takkan pernah hilang selagi ada                               bunga plastik itu . Love you !
                                                                                  ~ 2 my beloved wife ~


Terharunya ! tak sangka Fiq seromantik ini. Kali pertama aku dapat bunga. Dan, bunga ini amat berharga kerana diberi oleh insan yang sangat aku sayangi. Aku takkan mudah terpengaruh dengan pujuk rayu Fiq. Aku mahu lihat sejauh mana dia boleh pujukku.
          " Qi , kawan kamu datang tu. Perempuan. Mak tak pernah nampak pulak.", kata emak. Kawan ? siapa pulak yang datang ni ? Aku segera menemuinya. Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati tetamu itu ialah Azi ! Apa yang dia nak ? Nak ucap terima kasih sebab bagi peluang kahwin dengan Fiq? Ah ! Tak payah datang pun tak apa. Aku memaniskan muka ku ini. Aku tidak mahu dia mengesyaki yang bukan-bukan. Aku takut jika Azi datang dengan Fiq tapi ternyata salah. Fiq tiada! Azi hanya seorang diri.
              " Ishqi , saya tahu saya ni tetamu yang tak diundang. Tapi saya nak menjernihkan keadaan. Bukan nak mengeruhkan lagi keadaan ", kata Azi. " Masuk la . Cerita dekat dalam",balasku. "Terima kasih ",balasnya. " So , awak datang sini kenapa? Ada apa-apa yang boleh saya bantu", tanyaku.     "Ishqi , kalau awak nak tahu Fiq hanya cintakan awak. Lepas awak pergi dia terus jumpa saya.Dia tak boleh sayang saya sebab dia terlalu sayangkan awak . Dia lelaki yang sangat ego. Ego dia tinggi.  Sebab tu dia tak pernah beritahu kepada awak yang dia sayangkan awak.Tolong Qi, jangan terus macam ni. Kesian saya tengok Fiq tu. Saya minta maaf kalau saya punca segalanya. Saya balik dulu", terang Azi. Aku tergamam. Aku tak percaya apa yang Azi katakan. " Tak apalah Azi. Terima kasih la ya. Awak bukan puncanya pun. Hati-hati ya memandu", kataku.
                 Haruskah aku percaya apa yang  dikatakan oleh Azi ? Atau dia sekadar mahu mengeratkan hubungan kami? Atau Fiq yang suruh Azi datang jumpa aku ? Ah ! Terlalu banyak soalan yang bermain di kepalaku. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Aku akan percaya yang dia sayangkan aku jika dia berterus terang denganku bukan dengan menghantar bunga atau menghantar orang untuk menemuiku !
=========================
        " Ma , cuba mama tanya dekat mak apa yang Ishqi suka.Takkan setiap hari Fiq kena beli bunga kot",kata Fiq. " Apa pula mama. Kamu tu pergilah tanya sendiri. Apa yang isteri kamu suka pun kamu tidak tahu.", kata mama. " Ma, tolong la. Ma kan baik. Please ma", rengek Fiq. " Ok. Mama tanya. Tunggu sekejap mama telefon mak mertua kamu ni.
          Rasanya dah berjam-jam mama cakap dekat telefon tu. Mama-mama, Fiq suruh tanya apa yang Qi suka je. Yang mama ni pulak ambil kesempatan berbual dengan besan berjam-jam tu kenapa?Aduhai ! Apalah yang patut aku beli untuk Qi ? Dia suka apa ? Payah betul la. Segala tentang dia aku tak tahu. Macam mana ni ?
         " Fiq , mama dah tahu apa yang Qi suka ", kata mama . " Ape ma ? Cepat lah .. Malam nanti Fiq kene bagi dia apa ?", tanya Fiq. " Mak cakap , Qi suka .............."
======================
               "Qi , tu tengok apa yang ada dalam beg kotak tu.Ada orang hantar tadi. Mak tak tahu sapa yang hantar",kata mak. Malam-malam ni pun dia nak bagi barang lagi ke? Aku mengambil beg kotak itu. Dibalut dengan kemas. Aku buka dengan penuh hati-hati. Jam ! Jam yang selama ini aku idamkan.  Macam mana dia boleh tahu aku suka jam ni ? Apa dia ingt dengan beri jam semahal Rm 500 lebih ini aku boleh maafkan dia ? Dia silap. Aku tak perlukan kemewahan . Aku hanya perlukan dia disisiku. Aku membaca kad yang diselitkan didalam kotak itu..


        ~ Hye dear ! Saya tahu awak da lama nak jam ni kan ?                                                                     Saya harap awak boleh terima pemberian saya ni. Awak                                                                             saya beri jam sebab kalau boleh saya nak setiap detik waktu                                                            saya bersama awak ! Luv U S0 muchh ~
                                                                  ~2 my bel0ved wife! ~


Gembiranya. Kenapalah Fiq asyik jiwang je ni ? Setiap pemberian dia mesti ada maksud yang tersendiri. Pandai jugak dia mengayat rupa-rupanya. Oh ,sebabtu lah ramai perempuan kat luar sana  yang tergila-gilakan dia. Ish,ish,ish! Aku ni asyik fikir bukan-bukan ja.
===============
           Cuaca pagi ini amat mendung. Adakah perasaan ku sama seperti cuaca pagi ini ? Bila agaknya aku dan Fiq akan berbaik ? Aku rindu nak dengar suara dia. Aku rindu nak tatap wajah dia. Aku rindu segalanya tentang dia. Fiq sayang aku ? Fiq cintakan aku ? Semua tu tiada jawapannya lagi. Aku mahu Fiq yang ucap kata-kata itu. Aku tidak memerlukan kemewahan harta benda tapi aku hanya  memerlukan kemewahan kasih sayang. Aku mahu disayangi seperti seorang isteri. Aku mahu dilayani seperti seorang isteri . Aku mahu jadi isteri yang baik. Aku tidak pernah bencikan Fiq walaupun dia dah kecewakan aku berkali-kali.Aku tetap menunggu dia.
            " Qi , turunlah sarapan. Mak masak macam-macam ni",jerit emak. " Ya mak. Sekejap lagi Qi turunlah!", balasku . Tidak boleh langsung duduk terperap di dalam bilik . Pasti akan di panggil . Mak,mak ! Agak-agaknya hari ini dia bagi apa ek dekat aku ? Ke dia dah tak nak bagi aku apa- apa lagi? Tunggu dan lihat. Kalau ada , rezeki aku lah . Kalau tak ada nak buat macam manakan . huhu..
        " Mak masak apa mak ?",tanyaku sebaik sahaja turun ke dapur. " Mak goreng nasi , goreng kentang. Roti bakar pun ada ", kata emak . Roti bakar ? Kalau Fiq ada mesti dia suka . Roti bakarlah makanan kesukaan dia ! " Kamu termenung apa lagi tu? Duduklah makan", kata mak. "Mak , hari ni tak ada apa-apa yang sampai ke?", tanyaku. " Mak rasa ada tapi dekat luar. Atas buaian. Mak lupa nak bawak masuk. Pergilah tengok",kata emak. Wah , ada lagi ! Bestnya . Apa agaknya yang dia bagi dekat aku hari ni ek ?
        " Mak bila......................Fik ? ", terkejutnya aku apabila melihat susuk tubuh Fiq di atas buaian. Aku fikir kan hadiah apa rupanya Fiq yang datang. Ah , aku tak mahu jumpa dia. Aku segera lari . Tanganku ditarik dari belakang menyebabkan aku tidak boleh meneruskan langkahku. " Lepaslah , sakit",mintaku. " Kita perlu berbincang. Jom duduk dekat situ ", kata Fiq sambil menarik tanganku. Kami duduk berdua di buaian.Aku tak mahu bersuara selagi dia belum bersuara.
      " Qi , saya betul-betul minta maaf . Tapi awak dah salah faham. Saya dengan Azi tak ada apa-apa hubungan pun",Fiq memulakan bicaranya. " Oh , tak ada apa-apa? Bukan ke dia kekasih kesayangan awak ?", sindir ku pula. " Jujur saya cakap. Saya dengan dia memang dah tak ada apa-apa hubungan. Saya nak awak kembali ke sisi saya. Lagi pun saya boleh bagi apa yang awak nak",kata Fiq. Hatiku menjadi sayu. Bagi apa yang aku mahukan ? Tapi Fiq tak bagi hatinya. " Fiq , saya tak hadaplah harta kekayaan semua tu. Saya perlukan kemewahan. Awak takkan dapat beri apa yang saya inginkan",kataku tersesak-esak. Aku terus berlari ke bilik. Belum sempat aku menutup pintu Fiq sudah berada di hadapanku. Aku terpaksa beri dia masuk . " Ishqi ku sayang, saya tahu apa yang awak inginkan. Saya akan berinya hari ini dan kalau boleh selama-lamanya saya akan beri kepada awak. Saya sayang awak. Saya tak boleh sayang orang lain selain awak. Hari ini dan selamanya hati saya adalah milik awak . Tiada siapa yang boleh gantikan awak dalam hidup saya. Sayang please forgive me ",rayu Fiq. Aku terus memeluk Fiq . Aku menangis di dalam dakapan Fiq. Akhirnya aku dapat apa yang aku inginkan. Aku sayang kamu Fiq.
              "Shhhht, janganlah nangis lagi. Awak da terlalu banyak menangis. Saya janji tak akan buat awak menangis lagi", kata Fiq. " Janji?", soalku. " Ya sayang. Janji",balas Fiq. "Sayang", panggil Fiq.     " Erm. Kenapa ?", soalku pulak . " Do you love me ?", soal Fiq. " Yes . I love U so much forever and ever ", balasku. " Sekarang kebahagiaan milik kita berdua", kata Fiq.
      Ya, sekarang kebahagiaan milik kami berdua. Tiada apa yang boleh memisahkan kami selain daripada kematian. Semoga kebahagiaan yang ku kecapi ini akan berkekalan. Amin~


                                         ! TAMAT!


p/s : sorie kal0 x best . tapi ni adalah karya pertama saya . masih dalam proses belajar. harap sudi baca dan memberikan k0men-k0men anda. segala k0men yang diberi amat membantu saya ! :))









6 comments:

  1. sweet .. :) da follow.. follow me back k? :)

    ReplyDelete
  2. heheh .. thnx ! 0k i will f0l0 back !

    ReplyDelete
  3. nice.. baru lagi kan,,byk boleh dipbaiki..tp citenye mmg mnarik..sy suke...hihi..dah follow..thanks~

    ReplyDelete
  4. Cik cMa :--> mmg baru lagi ! ehhe .. thnx yer sudi baca :))

    ReplyDelete
  5. menarik la ... jangan luper follow blog saya yer... tEnK!U .. <3
    saya suka cerita nih romantic pun ader...
    heeheh nice blog... hehe cerita tuh nama saya hahah
    Miza gahah k la bye2 .. :)
    www.mieza1403.blogspot.com hehe

    ReplyDelete
  6. haha .. thnx yer mieza !! kbtulan pulakk nama sma.. s0kay , nnti sye f0l0 .. :))

    ReplyDelete