Wednesday 21 December 2011

~H@nY@ K@m0o D! HaT!kU ~ 2

Bab 2 ..
          
                 Ad membawa keretanya macam ribut. Tidak menghiraukan bahaya yang kan datang.Jam sudah menunjukkan tepat jam 7.40. Pukul 8 pagi kelas sudah mula. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu terlewat. Belum pernah lagi dia mencipta sejarah datang lewat ke kelas. Dah lah lecture kelas hari ni garang macam singa. Silap-silap kena baham dia masuk kelas nanti.
                       ' Lampu merah pulak. Kenapalah kerajaan letak lampu isyarat? Kan susah kalau lambat macam aku ni', rungut Ad dalam hatinya. Dan , tiba-tiba......                                                         ' Siapa pulak yang langgar kereta aku ni ? Takkan tak nampak lampu isyarat tu warna apa ? Saja je nak bagi aku lambat. Tengok dah pukul 7.50 pagi. Dah sah aku kena baham kejap lagi', rungut Ad dan terus keluar dari keretanya itu. Nak je dia marah tuan punya kereta tu. 
             Tuan punya kereta itu pun keluar. Ad terkedu. Lelaki! Handsome. ' Ah , handsome tapi tak pandai bawa kereta buat apa. Dia kena bayar ganti rugi kereta aku', bisik hati Ad.                     " Awak ni kenapa ? Harap muka je handsome tapi buta. Kalau awak cakap awak tak nampak lampu isyarat warna apa mungkin la saya percaya tapi takkan lah awak tak nampak kereta saya ni ? Walaupun tak sebesar lori tapi saya rasa awak boleh nampak , kan ?", marah Ad berunsur sindiran. Lelaki tu dari tadi senyum je. Ala , puji sikit je . Perasanlah tu. " Awak dengar tak saya cakap apa ?", soal Ad lagi . 
                    " Maaf ya . Saya pun tak tahu kenapa saya tak perasan lampu merah . Saya tak sengaja langgar awak", lembut lelaki tu berkata. ' Ingat dengan cakap macam tu aku boleh maafkan dia ? pii rahhh ! Jangan harap lah! ', bisik hati Ad.
                 " Ah , tak kira . Nampak ke tak nampak ke . Sengaja ke tak sengaja ke. Saya nak awak bertanggungjawab. Tengok kereta saya. Ni semua sebab awak", marah Ad dan mengharap lelaki itu mahu bertanggungjawab. " Ok , macam ni , saya hantar kereta awak ke workshop. Awak nak pergi mana ? Boleh saya tumpangkan", balas lelaki tu. ' Nak buat baik la tu?. Jangan ingat aku sama dengan perempuan-perempuan lain yang senang untuk di tipu daya kan. No! Aku bukan macam tu. Mustahillah aku nak tumpang dia. Kenal pu  tidak. Nama pun tak tahu. Huh ! Jangan harap', rungut Ad. " Eh , tak apa. Saya tak suka tumpang kereta orang yang saya tidak kenali. Maaf", balas Ad dengan penuh sopan. Sungguh berlainan dengan cara cakap nya. Lelaki itu terkejut. ' Bukan main marah tadi. Tiba-tiba boelh berubah pulak. Pelik perempuan ni', bisik hati lelaki itu. " Habis tu? Awak nak pergi mana ? Nak naik apa?", soal lelaki itu lagi. Baru Ad teringat akan kelasnya itu . Sah ! Memang aku cipta rekod hari ni. Dah pukul 8.15 pagi. 
             " Tak apa saya telefon abang saya sekejap", kata Ad. Ad segera menelefon Adam. Hanya Adam sahaja yang dapat membantunya kini. Tak sampai 5 minit Adam sudah tiba.                          " Ada apa ni Ad ? Abang ada kelas tau tadi. Ni apa sal ni ? Saja susahkan abang", marah Adam.         Mana tak nya. Kelasnya belum habis lagi. Kalau Adam tak datang jumpa Ad dah tentu Ad akan memarahinya. Tapi , masalahnya , Adam masih ada kelas. Jadi . Adam menebalkan mukanya berterus-terang dengan lecturenya.  "Ni , abang tengok kereta Ad. Lelaki ni langgar. Buta agaknya", lancang sahaja mulut Ad bercakap. " Amboi mulut. Tak ada insurans langsung",marah Adam .  
                     " Adam ?", panggil lelaki itu. " Am ?", kata Adam pula. Mereka berpelukan. Ad tercengang-cengang melihat situasi sekarang ini. " Adam , aku tak perasan lampu merah tadi. Tu yang tak sengaja langgar kereta adik kau ni. Tapi , tak apa . Nanti aku call kawan aku yang keje dekat workshop suruh dia betulkan. Bila siap je aku call kau ea", kata Am. " No hal lah . Ad ni memang. Tak adalah teruk sangat. Saja je besarkan hal. Tak apalah Am , aku kena balik kolej balik. Jumpa lagi", kata Adam dan terus menarik tangan Ad.






No comments:

Post a Comment